Tuesday 3 March 2015

Timb Ketua Pemuda MIC Hulu Langat parah terkena enam das tembakan

Timbalan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat cedera parah selepas terkena enam das tembakan di Kajang tengah hari Isnin.

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat cedera parah selepas terkena enam das tembakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko, Kajang tengah hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata ketika kejadian 12.46 tengah hari itu, mangsa M. Thanabalan, 38, yang menaiki kereta Honda Accord sedang berhenti di lampu isyarat sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.

"Salah seorang daripada mereka kemudian melepaskan tembakan yang mengenai bahu kanan, pipi kanan dan dada kanan mangsa," katanya kepada Bernama.

Ab Rashid berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Kajang sebelum dipindah ke Hospital Serdang. Dia kini berada di Unit Rawatan Rapi dalam keadaan tidak sedar namun stabil.

Beliau berkata polis sedang menyiasat motif kejadian tersebut termasuk berkaitan politik.

- Sumber: Bernama 

No comments:

Post a Comment