Tuesday 3 March 2015

Padah mahu hidup dalam kemewahan

Rohana menceritakan masalah dihadapi kepada wartawan.

KULIM - Akibat perbuatan suami yang mahu hidup mewah, seorang ibu dua anak di sini, hidup dalam ketakutan selepas suaminya gagal melunaskan hutang ah long.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Rohana berkata, dia takut untuk keluar rumah kerana sering diganggu ah long.

“Suami saya pinjam dengan ah long dengan alasan mahu kembangkan perniagaan ikannya di pasar, namun setelah mendapat wang itu, suami tidak gunakan untuk perniagaan sebaliknya membeli kenderaan mahal yang memerlukan bayaran balik setiap bulan dengan harga yang tinggi.

"Pada mulanya saya tak setuju, namun dengan pujuk rayu dan alasan yang diberikan suami bahawa kenderaan itu penting untuk mengembangkan perniagaan, akhirnya saya akur,” katanya.

Katanya, hasil pendapatan menjual ikan yang tidak seberapa terpaksa digunakan untuk membayar ansuran bulanan kereta dan ah long sehingga menyebabkan modal untuk membeli barang perniagaan tidak mencukupi.

“Disebabkan tiada modal, perniagaan ikan ini tidak mampu lagi diteruskan.

“Kini saya dan suami terpaksa bersembunyi di kawasan pedalaman kerana tiada duit untuk bayar ah long dan saya minta jasa baik rakan bantu saya lunaskan hutang ah long,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment