Monday 16 March 2015

Tiga buku E.L James termasuk 'Fifty Shades of Grey' dilarang terbit



Tiga buku oleh pengarang E.L James dilarang terbit kerana mengandungi unsur yang boleh memudaratkan moral masyarakat negara ini.

KUALA LUMPUR: Tiga buku oleh pengarang E.L James dilarang terbit kerana mengandungi unsur yang boleh memudaratkan moral masyarakat negara ini.

Penerbitan itu bertajuk 'Fifty Shades of Grey', 'Fifty Shades Darker' dan 'Fifty Shades Freed' yang diterbitkanVintage Books, (a division of Random House Inc), New York.

Larangan dikeluarkan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri.

Setiausahanya Hashimah Nik Jaafar berkata penerbitan tersebut mengandungi unsur lucah yang bersandarkan perilaku seks antara lelaki dengan perempuan tanpa plot penceritaan positif yang jelas.

Larangan berdasarkan Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, katanya dalam satu kenyataan. 

- Sumber: Bernama 

No comments:

Post a Comment