Thursday 12 February 2015

Tiada layanan istimewa untuk Anwar di penjaraTiada layanan istimewa untuk Anwar di penjara


ZAHID: Jabatan Penjara menegaskan akan melayan semua banduan secara saksama seperti mana peruntukan undang-undang. 
KUALA LUMPUR: Tiada layanan istimewa untuk bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar ibrahim di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
.
Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan anwar akan menjalani hukuman dan kehidupan yang sama seperti banduan lain di penjara tersebut.

Menurut Ahmad Zahid, Jabatan Penjara tidak akan menyediakan kemudahan istimewa kepada ahli politik veteran berusia 67 tahun tersebut sepanjang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

Ini kerana jelas beliau, Jabatan Penjara menegaskan akan melayan semua banduan secara saksama seperti mana peruntukan undang-undang.

Sebelum ini, terdapat kebimbangan daripada pelbagai pihak bahawa beliau akan diberi layanan istimewa dan luar biasa di penjara.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment