Thursday 12 February 2015

Petisyen gesa Amerika tidak campur tangan badan kehakiman Malaysia

Setakat berita ini ditulis, sebanyak hampir 2,300 penyokong telah menandatangani petisyen tersebut. - Gambar Paparan Skrin petitions.whitehouse.gov

KUALA LUMPUR: Sebuah petisyen telah dibuat bagi membantah pentadbiran Barack Obama mempercepatkan pembebasan pemimpin bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara sebagai satu polisi utama AS ke Malaysia.

Petisyen tersebut menyebut kekesalan rakyat Malaysia yang berang dengan kenyataan White House yang menyatakan kekesalan warga Amerika dengan keputusan Mahkamah Tinggi Malaysia menjatuhkan hukuman lima tahun ke atas Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak lama dulu.

Setakat berita ini ditulis, sebanyak hampir 2,300 penyokong telah menandatangani petisyen tersebut.

Petisyen ini turut menyakinkan negara Uncle Sam itu yang badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia bersifat adil dan saksama.

Petisyen ini dibuat sehari selepas sebuah petisyen mendesak pentadbiran presiden Amerika Syarikat itu mempercepatkan pembebasan Anwar sebagai polisi utama AS ke atas Malaysia.

Pada masa ini, hampir 40,000 penyokong telah menandatanganinya dengan sasaran sahih sebanyak 100,000 tandatangan menjelang 12 Mac, 2015.


Ketika artikel ini disiarkan, seramai 2,565 penyokong telah menandatangani petisyen tersebut. Gambar paparan skrin whitehouse.gov.com

Petisyen itu telah dibuat di petitions.whitehouse.gov. sebuah laman web yang membolehkan warga sivil di seluruh dunia membuat petisyen mendesak kerajaan AS dalam pelbagai isu.

Namun tiada jaminan petisyen itu akan diberi pertimbangan sewajarnya.

Kenyataan di laman web itu menyebut, petisyen itu diwujudkan kerana rakyat Malaysia kesal dengan kenyataan White House menggesa pembebasan Anwar.

“Sampel DNA yang menyokong kes (liwat II) ini berpadanan (16 dari 16). Anwar juga memilih untuk tidak menawarkan sampelnya sendiri ketika perbicaraan yang ada kemungkinan boleh melepaskannya.

Petisyen itu turut menyebut yang sebelum ini, Anwar telah menampilkan 14 orang saksi-saksi namun tiada seorang pun yang tampil ke hadapan.

"Beliau juga enggan untuk disoal balas," menurut petisyen itu lagi.

Demi menjaga reputasi Malaysia, AS juga harus melihat isu penting melibatkan hak kemanusiaan dan menghentikan keseksaan ke atas tahanan Guantanamo Bay.

“Kami rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian menggesa AS untuk berhenti campur tangan dalam badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia.” 

- Sumber: Astro Awani 

1 comment:

  1. ping artikal blog anda di sini untuk mendapat kan lebih trafik di blog anda
    http://www.pingmeblog.com

    ReplyDelete