Sunday 15 February 2015

Serangan Denmark: Dua dipercayai terbunuh

Anggota polis sedang melakukan pemeriksaan keselamatan sekitar lokasi kejadian. Foto: Mirror UK

COPENHAGEN – DENMARK. Selepas seorang maut dan tiga pegawai polis cedera awal hari ini, terkini seorang lagi ditembak di kepala dan dua anggota polis cedera di lengan dan kaki susulan serangan terbaharu di pusat bandar Copenhagen.

Memetik laporan Mirror.UK, pihak polis belum dapat mengesahkan jika kejadian ini ada kaitan dengan serangan maut pada Sabtu lalu.

"Kami belum dapat mengeluarkan kenyataan tentang mangsa yang cedera.

"Penembak berjaya melarikan diri," kata polis Copenhagen.

Kejadian tembak-menembak berlaku di Krystalgade, sebuah jalan yang menempatkan rumah ibadat utama di Copenhagen.

Kawasan tersebut merupakan sebuah pusat budaya di mana perdebatan mengenai Islam dan kebebasan bersuara diadakan.

Sementara itu memetik laporan Denmark Ritzau stesen kereta api Noerreport berhampiran lokasi telah dikosongkan.

Dalam pada itu Perdana Menteri Denmark Helle Thorning-Schmidt menyifatkan serangan itu sebagai ‘serangan pengganas’.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment