Friday 6 February 2015

Seperti dalam zon perang!

Seperti dalam zon perang. Gambar - Twitter GFA.

Separuh akhir Piala Negara Afrika antara Ghana dan tuan rumah, Equatorial Guinea berlangsung seperti dalam zon perang.

Itu yang digambarkan Twitter Persatuan Bola Sepak Ghana (GFA) apabila sekumpulan penyokong menimbulkan kekecohan di stadium.

Polis terpaksa menggunakan helikopter dan gas pemedih mata untuk mengawal keadaan.

Kekecohan berlaku bila penyokong tuan rumah menyerang kawasan penyokong Ghana dengan membaling objek ke arah mereka.

Penyokong Ghana bertindak memasuki padang untuk mendapatkan perlindungan di belakang gawang gol. Pemain Equatorial Guinea juga merayu agar penyokong mereka menghentikan kekecohan namun gagal.

Penyokong dikatakan berang akibat keputusan pengadil sering tidak memihak kepada pasukan mereka.

Perlawanan tergendala lebih 30 minit selepas permainan bersambung di babak kedua akibat kekecohan ini.

Dalam perlawanan itu Ghana menang 3-0 untuk mara ke final. 

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment