Thursday 26 February 2015

Diana Amir teruja nanti kelahiran sulung


AWAL Mac depan, pasangan bahagia, Diana Amir dan suaminya, Mohd Habibbullah A Rahman dijangka menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Kurang dua minggu lagi bakal bergelar ibu, Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 29, memberitahu, segala kelengkapan sudah hampir siap sepenuhnya. Malah dia begitu teruja untuk menyambut kelahiran itu.

"Alhamdulillah, untuk detik-detik terakhir ini, kesihatan saya bertambah baik dan segala persiapan untuk bayi dah hampir siap. Namun, pemilihan hospital untuk bersalin masih belum diputuskan.

"Mungkin saya akan bersalin di Shah Alam ataupun Putrajaya. Kemudiannya saya akan berpantang di sini sahaja memandangkan rumah mak dan mak mertua tidak jauh dari rumah saya.

"Sepanjang tempoh berpantang itu, mereka akan bergilir-gilir menjaga saya dan anak, Insya-ALLAH," katanya yang memilih untuk menjalani tempoh berpantang secara tradisional.

Tidak menunggu lama untuk kembali bekerja, Diana memberitahu, dia akan bercuti selama sebulan sahaja kerana terikat dengan jadual yang padat.

"Namun, ianya bergantung kepada tahap kesihatan juga. Jika kesihatan saya dan bayi tidak mengizinkan untuk saya kembali bekerja, saya akan lanjutkan cuti. Bergantung kepada keadaan nanti," katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment