Monday 26 January 2015

Laman web Malaysia Airlines digodam

Laman web Malaysia Airlines digodam - Paparan skrin layar laman web Malaysia Airlines.com

KUALA LUMPUR: Laman web rasmi syarikat penerbangan Malaysia Airlines digodam pada kira-kira jam 10 pagi tadi.

Pengguna internet yang melayari URL www.malaysiaairlines.com dibawa ke satu laman web yang mempuyai imej pesawat Malaysia Airline.

Laman berkenaan turut bertulis, “404 – Plane Not Found. Hacked by Cyber Caliphate. Follow Cyber Caliphate on Twitter.”

Laman web berkenaan kembali pulih seperti biasa namun pada jam 10.25 pagi, laman web berkenaan digodam sekali lagi.

Kali ini, tertera di laman web berkenaan satu imej menunjukkan gambar seekor cicak bersut hitam dan bertopi.

Astro AWANI masih cuba untuk mendapatkan pihak Malaysia Airlines untuk memberi penjelasan tentang perkara ini.

Sementara itu, Malaysia Airlines dalam Twitter rasmi syarikat itu menyatakan ia sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment