Monday 26 January 2015

Komuniti Islam terancam selepas tayangan American Sniper

Antara sedutan filem American Sniper. Foto sumber internet.


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Komuniti Islam di Amerika Syarikat (AS) diancam ugutan selepas tayangan filem American Sniper.

Menurut sebuah surat Komuniti Anti-Diskriminasi American-Arab (ADC), ancaman terhadap Islam di AS meningkat selepas tayangan filem tersebut.

ADC memberitahu, kumpulan berkenaan menerima banyak ugutan ganas disebabkan bagaimana orang Arab dan Islam digambarkan di dalam filem tersebut.

Menurut Yahoo News, ADC sudah meminta bantuan agensi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan meminta pelakon-pelakon utama filem berkenaan untuk mengecam ancaman yang telah diberikan kepada komuniti Islam AS.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment