Wednesday 21 January 2015

Karma? Suspek ragut maut kemalangan

Suspek maut di tempat kejadian selepas dilanggar kereta dalam insiden berkenaan.

KAJANG – Sepasang suami isteri berdepan detik menakutkan kerana bukan sahaja menjadi mangsa ragut malah terlibat dalam kemalangan yang turut menyebabkan suspek hilang nyawa, di Batu 10 Lebuhraya Cheras, dekat sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8.17 pagi semalam, mangsa berusia 26 tahun dalam perjalanan ke tempat kerja di Kuala Lumpur dihampiri sebuah motosikal jenis Yamaha 125z ditunggang seorang lelaki yang bertindak menarik beg tangan isterinya.

Menurut sumber, akibatnya, berlaku pergeselan antara kedua-dua motosikal berkenaan sebelum mereka terjatuh.

"Suspek yang cuba meragut beg itu dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.

“Rempuhan tersebut menyebabkan suspek berusia 25 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa dan isterinya yang berusia 32 tahun hanya cedera ringan di bahagian tangan kanan dan lutut.

Kata sumber, barang-barang mangsa seperti wang tunai berjumlah RM260, kad pengenalan, telefon bimbit jenama Samsung dan lesen memandu diperoleh semula dan mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

- Sumber: Sinar Harian | Januari 21, 2015

No comments:

Post a Comment