Thursday 8 January 2015

Kanak-kanak derita mata tidak pernah berkelip

  • Penyakit berkait kromosom dihidapi kanak-kanak ini menyebabkan matanya tidak berkelip.
  • Penyakit berkait kromosom dihidapi kanak-kanak ini menyebabkan matanya tidak berkelip.

KOTA BHARU - Derita ditanggung seorang kanak-kanak lapan tahun apabila tidak pernah merasa mata berkelip seumur hidupnya akibat menghidap penyakit berkait kromosom sejak kecil.

Kanak-kanak berkenaan, Anis Suraya Tuan Azam tinggal di Jertih, Terengganu dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Menceritakan keadaannya itu, bapa Anis Suraya, Tuan Azam Tuan Kechik berkata, anaknya dilahirkan pada tahun 2006 yang lalu dan sejak itu mata Anis Suraya tidak pernah tertutup, malah terbuka separuh seperti mata orang mengantuk atau letih.

“Matanya berbujur keluar, tetapi kelopaknya terbuka seperti mata kuyu dan kedua-dua belah mata itu merah serta selain turut menampakkan urat-urat di bahagian kedua-dua kelopak,” katanya ketika ditemui melawat saudara mereka yang menjadi mangsa banjir di Kampung Beris Jejawi, di sini, kelmarin.

Tuan Azam berkata, dia berasa sedih melihat pernderitaan ditanggung anak perempuannya itu dan sentiasa membawa Anis Suraya mendapatkan rawatan di hospital. 

Bagaimanapun, setakat ini hanya keadaan Anis Suraya bergantung pada ubatan yang dibekalkan.

“Kadangkala dia ada mengadu matanya sakit serta senak, saya tidak boleh berbuat apa-apa hanya sedakar memberinya makan ubat untuk mengurangkan rasa sakit yang ditanggung. 

“Pihak hospital ada menawarkan pembedahan untuk membuka kelopak matanya dengan lebih luas, tetapi saya menolak berikutan pembedahan itu tidak dapat mengubat supaya mata Anis Suraya berkelip sebaliknya hanya meluaskan kawasan mata,” katanya.

Menurutnya, walaupun dalam keadaan kesakitan dan kekurangan itu, Anis Suraya tetap seorang yang cepat mengenal dan boleh mengaji al-Quran selain pandai dalam pembelajaran di sekolah. 

Bantuan bagi meringankan kos rawatan boleh disalur ke akaun Maybank 103015739620 atau hubungi Tuan Azam 014-5387842.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment