Saturday 10 January 2015

Isyarat ping dikesan

  • Helikopter pasukan Sar mendarat di atas Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) Banda Aceh. Misi mencari serpihan dan mangsa QZ8501 kini memasuki hari ke-13 semalam.
  • Helikopter pasukan Sar mendarat di atas Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) Banda Aceh. Misi mencari serpihan dan mangsa QZ8501 kini memasuki hari ke-13 semalam.

JAKARTA - INDONESIA. Pasukan Mencari dan Menyelamat (Sar) mengesan isyarat ping di Laut Jawa, dipercayai dari kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas Disember lalu.

Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Moeldoko berkata, isyarat ping berkenaan hampir dengan bahagian ekor pesawat yang ditemui.

"Sebuah kapal yang menyertai misi Sar menerima isyarat ping berkenaan kira-kira 300 meter dari lokasi di mana ekor pesawat QZ8501 ditemui.

"Kami telah menghantar pasukan penyelaman ke arah lokasi isyarat tersebut," katanya kepada dpa.

Pengesanan kotak hitam pesawat dianggap penting bagi mengetahui apakah punca sebenar kejadian kerana ia memiliki rakaman suara dan data penerbangan.

Pesawat itu terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu ketika cuaca ribut selepas terbang dari Surabaya menuju ke Singapura bersama 162 penumpang dan anak kapal.

Cuaca buruk sejak beberapa hari lalu turut mengganggu usaha mencari mayat dan bangkai pesawat.

- Sumber: Sinar Harian10 Januari 2015

No comments:

Post a Comment