Friday 27 June 2014

Wanita Sindrom Down ditemui dikurung di bawah rumah


Wanita berkenaan yang dipercayai berumur sekitar 30an dikurung di bawah rumah lebih 10 tahun


TUMPAT: Seorang wanita yang dipercayai mengalami Sindrom Down ditemui terkurung dan terkunci di dalam sebuah bilik bawah rumah di Kampung Pasir Pekan, di sini siang tadi.

Wanita berkenaan yang dipercayai berumur sekitar 30an dikurung di bawah rumah berkenaan lebih 10 tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip, pihaknya menerima maklumat dari orang awam yang memaklumkan terdapat seorang wanita dikurung di bawah rumah.

Susulan laporan itu, pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Tumpat, Jabatan Pertahanan Awam, JPA bergegas ke rumah yang dimaklumkan sekitar jam 3 petang tadi.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment