Thursday 26 June 2014

Klinsmann keluar 'surat cuti' untuk semua penyokong AS


Jurulatih skuad Piala Dunia AS Jurgen Klinsmann - Gambar Fail



KUALA LUMPUR: Jurgen Klinsmann, jurulatih pasukan Amerika Syarikat telah membenarkan semua penyokong untuk bercuti dan memberi semangat kepada pasukan mereka apabila menentang pasukan Jerman.

Staf dari skuad kebangsaan AS itu telah mengeluarkan 'tweet' gambar surat cuti yang telah ditandatangani Jurgen Klinsmann yang membenarkan semua pekerja di tanah air bercuti dan menonton perlawanan mereka menentang Jerman nanti.

Selepas hanya enam jam ia dipaparkan di laman sosial twitter pasukan AS, sebanyak 14,000 'retweet' mengenai surat cuti itu telah direkodkan. Boleh nampaklah penyokong AS sangat mahukan cuti ini, sama ada untuk menonton bola sepak atau sebaliknya.


"Saya memahami cuti ini akan mengurangkan produktiviti di tempat kerja anda, tetapi saya boleh memastikan ketidakhadiran ini sangat penting buat negara ini.

"Anda patut menjadi ketua yang hebat dan turut serta mengambil cuti!,"kata-kata yang terpapar di atas surat cuti itu.

Perlawanan yang penting ini memberi pasukan AS peluang untuk terus layak ke pusingan seterusnya di Piala Dunia Fifa kali ini.

AS kini berada di tangga kedua perlu menang atau seri sewaktu menenantang Jerman di Arena Pernambuco. Jika mereka kalah, AS perlu bergantung kepada keputusan perlawanan di antara Portugal dan Ghana. -- Astro Arena


(Sumber imej: Laman Twitter pasukan bola sepak AS)


No comments:

Post a Comment