Thursday 26 June 2014

"Messi dari planet lain"

Messi berkongsi kedudukan penjaring terbanyak kejohanan dengan Neymar


KUALA LUMPUR: Jurulatih Nigeria Stephen Keshi melabel Lionel Messi sebagai 'bukan dari planet ini' selepas bintang itu mengetuai Argentina untuk membenam Nigeria 3-2.

Messi berkongsi kedudukan penjaring terbanyak kejohanan dengan Neymar dan dua golnya di Estadio Beira-Rio, menjadikan jumlah keseluruhannya kepada empat gol.

Marcos Rojo memastikan Argentina mara dengan maksimum sembilan mata, selepas dua gol Ahmed Musa buat Super Eagles memadamkan ledakan Messi dalam pertemuan kedua pasukan.

Penampilan Messi sekali lagi mencuri perhatian ramai dan Keshi tidak dapat menyembunyikan kekagumannya terhadap penggempur Barcelona itu.

Ketua jurulatih itu berkata, "Dia bukan dari planet ini. Messi datang dari Jupiter. Dia berbeza. Dia sangat hebat. Anda tidak dapat merampas bola daripadanya."

Di sebalik kekalahan itu, Nigeria tetap mara ke peringkat kalah mati, dan Keshi menganggap permainan anak buahnya masih boleh diperbaiki.

"Saya berpuas hati dengan apa yang saya lihat dalam separuh masa kedua.

"Kami terlalu menghormati lawan dalam separuh masa pertama, kalau kami bermain seperti separuh masa kedua, mungkin lain ceritanya.

"Kami perlu tingkatkan bahagian serangan. Kami mula mendapat rentak sebenar. Terdapat peningkatan, itu bagus." -- Astro Arena

No comments:

Post a Comment