Thursday 15 May 2014

6 hotel di Pulau Langkawi antara 25 hotel pilihan pelancong Tripadvisor

Pilihan pelancong Tripadvisor


KUALA LUMPUR: Enam hartanah di Pulau Langkawi disenaraikan antara pemenang 25 teratas bagi anugerah perkhidmatan luar biasa pilihan pelancong TripAdvisor bagi Malaysia.

Hotel-hotel itu ialah Casa del Mar, Danna Langkawi, Datai Langkawi, Tanjung Rhu Resort, Four Seasons Resort dan Rebak Island Resort.

Dalam satu kenyataan, TripAdvisor, laman sesawang pelancongan terbesar dunia, berkata pemenang anugerah ditentukan berdasarkan berjuta-juta ulasan dan pendapat yang berkualiti daripada pelancong TripAdvisor dari seluruh dunia dengan mengambil kira kualiti ulasan dan rating perkhidmatan.

Hotel-hotel lain dalam kategori itu termasuk Seven Terraces di George Town, Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, Majestic Malacca, Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh dan LimeTree Hotel di Kuching.

Hanoi Serene Hotel di Hanoi, Vietnam menduduki tangga teratas dalam senarai 25 Hotel Teratas bagi Perkhidmatan Terbaik di Asia.

- Bernama

No comments:

Post a Comment