Wednesday 19 February 2014

KLPAC anjur ujibakat untuk karya Tennessee Williams versi muzikal


KUALA LUMPUR: Pentas Seni KL atau Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) bakal pentaskan karya Tennessee Williams ‘A Streetcar Named Desire’ dalam bentuk pementasan muzikal.

Menurut koreografer KLPAC Lex Lakshmam, ini kali pertama karya Tennessee Williams dipentaskan dalam bentuk muzikal.

“Ramai pihak sudah pentaskan karya ini, kita cuba cari kelainan dengan mementaskan karya terkenal ini dalam versi muzikal dan ini adalah yang pertama seumpamanya.

“KLPAC mencari 10 hingga 12 penari berbakat untuk menyertai pementasan arahan Joe Hasham ini selain akan turut memilih dua penari untuk watak utama” katanya lagi.

Lex yang juga terlibat dalam pencarian bakat baru turut memberitahu bahawa dua watak utama dalam pementasan ini adalah penari wanita dari Jepun.

“Ini adalah kolaborasi KLPAC dengan JTI Malaysia dan HANDS Percussion dalam menggabungkan dua negara iaitu Jepun dan Malaysia” jelas Lex ketika dihubungi Astro AWANI.

Program Theatre For Young People 2014

Selain itu, menurut Lex, KLPAC turut mencari 10 hingga 15 orang anak muda berumur 16 tahun ke atas yang berminat di dalam bidang lakonan, pengarahan, tarian, nyanyian, penulisan serta kerja belakang tabir untuk menyertai program Theatre For Young People 2014 (T4YP).

Mereka yang terpilih akan berpeluang mengikuti latihan bersama nama-nama besar seperti Mark Baur De Silva, Datuk Faridah Merican, Joe Hasham, Ian Chow dan banyak lagi.

Di akhir program ini, mereka berpeluang untuk menunjuk bakat di Teater Tari dan Muzik, Pentas 2 KLPAC.

“Objektif program ini adalah untuk melatih anak muda yang berbakat ini selain memberi pendedahan dan peluang belajar dari tenaga pengajar yang berpengalaman” kata Lex yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar yang berpengalaman 12 tahun dalam bidang tarian.

Kepada yang berminat untuk menyertai dua ujibakat ini sila layari laman portal KLPAC untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai T4YP danpementasan muzikal A Streetcar Named Desire karya Tennessee Williams.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment