Wednesday 19 February 2014

Tunjuk perasaan di Ukraine ragut 25 nyawa

Gambar Fail

KIEV: Sekurang-kurangnya 25 terbunuh disahkan terbunuh dalam tunjuk perasaan anti kerajaan yang berlarutan di Kiev, Ukraine.

Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan negara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut laporan agensi berita AFP, sekurang-kurangnya 241 orang kini dirawat di hospital termasuk 79 anggota polis dan lima wartawan.

Pembangkang sebelum ini mendesak kerajaan membebaskan 234 penunjuk perasaan yang ditahan manakala, kerajaan Ukraine mahu penunjuk perasaan mengosongkan pejabat kerajaan yang ditawan mereka pada 1 Disember tahun lalu.

Antara tuntutan pembangkang mahu perjanjian perdagangan bebas dengan kesatuan Eropah EU ditandatangani selain mahu beberapa tahanan termasuk bekas Perdana Menteri Yulia Tymoshenko dibebaskan.

Mereka turut menuntut pilihan raya disegerakan.

Semasa pertempuran, terdapat penunjuk perasaan yang memakai topi keledar yang telah melemparkan batu, bunga api dan bom tangan Molotov ke arah skuad anti-penunjuk perasaan.

Pihak berkuasa pula telah membalas dengan melontarkan bom api dan menembak menggunakan meriam air.

Pergerakan dalam bandar Kiev turut dihadkan oleh pihak berkuasa yang telah menghentikan sistem trafik perkhidmatan awam.

Agensi

No comments:

Post a Comment