Wednesday 22 January 2014

Lelaki maut tersepit lif angkut barang


KUCHING: Seorang pekerja syarikat perkakasan yang terletak di Bangunan One TJ, Jalan Stutong, Kuching telah dijumpai mati akibat kepalanya tersepit di bahagian lift mengangkut barangan di dalam bangunan berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad melalui kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada pihak media, kejadian telah dilaporkan terjadi pada jam 4.28 petang pada Selasa.

Mangsa adalah seorang remaja lelaki tempatan yang berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Benedict Juan A/k Christopher.

Mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat yang telah sampai ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia.

Ahli keluarga mangsa telah dimaklumkan perkara tersebut dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya dan siasatan awal ditempat kejadian mendapati tiada unsur unsur jenayah dan khianat terjadi dan kejadian telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment