Sunday 7 December 2014

Setengah juta penduduk Filipina dipindahkan

MANILA - FILIPINA. Kira-kira 500,000 penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan ekoran ribut kuat yang dijangka membadai kepulauan Filipina dalam tempoh 24 jam.

Taufan Hagupit dijangka akan membadai wilayah Samar Timur iaitu kawasan yang masih lagi belum pulih daripada Taufan Haiyan tahun lepas.

Pusat biro kaji cuaca Filipina memaklumkan, Hagupit kini berada di Lautan Pasifik dengan angin kencang selaju 220 kilometer sejam, yang paling kuat untuk membadai Filipina tahun ini.

Sementara itu, di Tacloban ramai penduduk mendapatkan perlindungan di stadium.

Tahun lalu, kira-kira 7,000 penduduk terkorban akibat taufan Haiyan, laporan dipetik dari Al-Jazeera.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment