Sunday 7 December 2014

Lelaki patah kaki dirempuh mat rempit

Antara individu yang diperiksa dalam operasi awal pagi semalam

SERDANG – Sekumpulan mat rempit bertindak meloloskan diri dalam satu sekatan jalan raya sebelum merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kecederaan.

Ops Samseng Jalanan yang dilakukan kira-kira jam 2 pagi di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), semalam, membabitkan keanggotaan seramai 158 orang dari Pasukan Trafik Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Ketua Operasi Trafik Kontinjen Bukti Aman Deputi Superintendan Bakri Zainal Abidin berkata, akibat rempuhan tersebut, mangsa yang berusia 35 tahun mengalami patah kaki tangan.

Menurutnya, lebih malang lagi, wang milik mangsa berjumlah RM500 serta dokumen penting turut disamun sebelum kumpulan berkenaan berjaya menghilangkan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment