Wednesday 31 December 2014

QZ8501: Mayat ke tujuh mangsa nahas ditemui




Menurut portal berita Kompas TV, mayat ketujuh yang ditemui itu belum dapat dipastikan jantinanya.

KUALA LUMPUR: Satu lagi mayat mangsa nahas pesawat Air Asia QZ8501 telah berjaya ditemui Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Indonesia pada hari ini, menjadikan jumlah mayat mangsa nahas kepada tujuh orang setakat ini.

Menurut portal berita Kompas TV, mayat ketujuh yang ditemui itu belum dapat dipastikan jantinanya.

Pada masa sekarang, empat mangsa yang ditemui hari ini masih berada di kapal SAR KRI Bung Tomo, dan akan dibawa ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah bila cuaca kembali baik.

Pada Selasa, tiga mayat telah ditemui dan dipindahkan ke Hospital Bhayangkara di Surabaya untuk proses pengecaman.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment