Wednesday 31 December 2014

Kadar tarif elektrik Singapura turun 8% suku tahun pertama 2015

Kadar baru ini akan menjadikan isi rumah Singapura akan mengalami penurunan tarif elektrik 25.28 23.29 sen per kWj dari 1 Januari hingga 31 Mac tahun hadapan.

KUALA LUMPUR: Kos bahan api yang rendah akan menyaksikan tarif elektrik di Singapura dikurangkan secara purata sebanyak 8 peratus atau 1.99 sen bagi setiap kilowatt jam (kWj) pada suku pertama tahun hadapan (2015).

Pengurangan ini didorong oleh penurunan bahan api sebanyak 16.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut firma tenaga Singapura, SP Services dalam akhbar The Straits Timespada Selasa, kadar baru ini akan menjadikan isi rumah akan mengalami penurunan tarif elektrik 25.28 – 23.29 sen per kWj dari 1 Januari hingga 31 Mac tahun hadapan.

"Oleh kerana kos bahan api menurun kira-kira 50 peratus daripada tarif, ini menjadikan pengurangan berkadar 8 peratus dalam tarif elektrik Q1 2015" kata SP Services.

Kajian suku tahunan tarif elektrik ini dibuat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh pengawal selia industri elektrik (Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga). 

- Sumber: Agensi 


----------------------------------------------------------------------------
Nota kaki: Malaysia pulak macamana? Naik ke turun?

No comments:

Post a Comment