Sunday 28 December 2014

PM umum tiga langkah bantu mangsa banjir


KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tiga langkah tambahan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Beliau berkata, langkah pertama adalah dengan menyalurkan peruntukan sebanyak RM500 juta menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kedua adalah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)yang sepatutnya dibayar hujung bulan Januari namun akan dipercepatkan kepada pertengahan bulan Januari.

"Manakala langkah ketiga pula meminta agensi serta institusi berkaitan kewangan supaya membuat penjadualan semula berhubung permohonan pinjaman yang dibuat mangsa sebelum terlibat dalam kejadian banjir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau ditemani Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed meluangkan masa melawat mangsa dan meninjau keadaan banjir di Tumpat dan Rantau Panjang.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment