Sunday 28 December 2014

Kontroversi sebalik Lelaki Harapan Dunia


SEBELUM ditayangkan, filem Lelaki Harapan Dunia arahan sutradara berbangsa Cina bernama Liew Seng Tat sudah gah menembusi beberapa festival filem di luar negara.

Pencapaian itu sekali gus membuktikan filem genre satira komedi ini mempunyai nilai yang tersendiri.

Namun malangnya filem ini telah mendapat kritikan hebat daripada beberapa nama besar dalam industri perfileman kerana dikatakan terlalu menyindir orang Melayu dan Islam.

Walaupun dinafikan pengarahnya, kesan daripada kritikan itu juga sedikit sebanyak menjejaskan jumlah kutipan. Lebih parah apabila timbulnya isu penarikan tayangan untuk dinilai semula oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment