Sunday 14 December 2014

Najwa Mahiaddin nikah tahun depan


TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi Najwa Mahiaddin, 28, yang telah selamat bertunang dengan jejaka pilihannya, Idris Koh Heng, 29, pada 8 Disember lalu.

Meskipun kisah pertunangannya mengejutkan peminat seni tempatan, tetapi ia merupakan berita paling gembira buat peminat-peminat pelantun lagu Got To Go itu.

Mengimbas mengenai latar belakang hubungan mereka, keduanya telah berkenalan sejak tujuh tahun lalu sebagai kawan biasa.

Mereka kemudiannya serius sejak beberapa bulan lalu dan nekad mengikat tali pertunangan yang diadakan di kediaman Najwa di Sri Satria, Putrajaya.

Pada majlis itu, rombongan pihak lelaki telah membawa tiga dulang hantaran dan ia dibalas dengan lima dulang oleh pihak perempuan.

Pasangan ini bakal melangsungkan majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan pada Mac 2015.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment