Saturday 1 November 2014

Nahas pesawat ragut empat nyawa

Pihak bomba memadam kebakaran selepas sebuah pesawat kecil terhempas di atas bangunan latihan penerbangan.
Pihak bomba memadam kebakaran selepas sebuah pesawat kecil terhempas di atas bangunan latihan penerbangan.

WICHITA - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah pesawat ringan terhempas di bangunan latihan penerbangan ketika cuba kembali ke Lapangan Terbang Mid-Continent selepas kehilangan kuasa enjin, mengakibatkan empat terbunuh dan lima cedera.

Nahas itu juga mencetuskan kebakaran dengan kepulan asap hitamnya dapat dilihat sejauh beberapa kilometer di sekitar Wichita.

Ketua Bomba Wichita, Ronald Blackwell berkata mangsa keempat yang maut dijumpai di atas bumbung bangunan, dipercayai juruterbang pesawat manakala tiga lagi yang maut berada di dalam simulator penerbangan di dalam bangunan terbabit.

Sementara itu, menurut laporan AP, Timbalan Ketua Polis Wichita, John Speer memaklumkan bahawa nahas itu bukan perbuatan disengajakan dan ia satu kemalangan. - AP

No comments:

Post a Comment