Saturday 1 November 2014

hlive! papar wajah bayi perempuan Zain Saidin-Rozita Che Wan malam ini

Pelakon Rozita Che Wan selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 2.18 petang Sabtu di Hospital Ampang Puteri.

Suaminya, Zain Saidin menerusi hlive! memanjatkan kesyukuran di atas kelahiran cahaya matanya.

Sehubungan itu, program hiburan hlive! akan mendedahkan wajah bayi mereka secara eksklusif malam ini.

Kelahiran cahaya mata pertama pasangan ini telah mendapat tajaan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ).

Zain dan Rozita telah melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun lepas.


Zain Saidin menatap wajah anaknya - Sumber Foto HLive

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment