Friday 17 October 2014

Puluhan korban tragedi Himalaya

Peta menunjukkan laluan litar Annapurna yang terjejas akibat tragedi tersebut.


KATHMANDU - NEPAL. Sekurang-kurangnya 29 terbunuh dalam insiden ribut dan runtuhan serta salji setebal 91 sentimeter di kawasan pergunungan Himalaya di Nepal, menurut pihak berkuasa, semalam.

Menurut laporan AFP, Jurucakap pasukan penyelamat memaklumkan sebanyak 24 mayat telah ditemui manakala lima lagi disahkan terkorban selepas gagal dikesan.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan selepas kira-kira 85 lagi dilaporkan masih hilang dalam kejadian tersebut. Bagaimanapun, usaha itu agak sukar kerana gangguan talian komunikasi.
"Bagaimanapun, angka kematian dijangka meningkat," jelasnya.

Sementara itu, jurucakap Agensi Pendakian Nepal, Gopal Babu Shrestha mengesahkan lebih 40 berjaya diselamatkan dari timbunan salji di kawasan terbabit.

"Ia adalah tragedi terburuk dalam sejarah pendakian di kawasan ini. Kami mengucapkan tazkiah kepada keluarga mangsa," katanya.

Difahamkan, seramai 168 pelancong asing telah mendaftar untuk menyertai ekspedisi pendakian di sepanjang litar Manang dan Mustang yang terjejas teruk akibat runtuhan salji berkenaan.

- Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment