Monday 20 October 2014

Penunggang maut motosikal bertembung kereta

IPOH - Seorang penunggang motosikal maut selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Batu Enam, Jalan Lekir dekat Sitiawan, awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 pagi itu, Mohd Ariff Bakar, 27, yang dalam perjalanan dari arah Teluk Intan ke Manjung meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha Lagenda itu cuba memotong sebuah lori di hadapannya.

"Bagaimanapun, motosikal itu dipercayai gagal memotong lori berkenaan lalu bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat.

Beliau berkata pemandu MPV jenis Honda Stream itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment