Monday 20 October 2014

AF2014: Penyingkiran Adel bikin kejutan di konsert minggu ketujuh

Adeline Joyce Masidah, 21 yang mendendangkan lagu Jelingan Mata nyanyian Allahyarham Saloma ternyata gagal memikat hati penonton

Adel menjadi pelajar kelima tersingkir pada konsert ketujuh Akademi Fantasia 2014 yang berlangsung pada Ahad di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA).

Penyingkiran pelajar yang berasal dari Sabah ini jelas menjadi kejutan ramai, kerana Adel sebelum ini sering mendapat pujian juri setiap kali persembahannya.

Adel atau nama sebenarnya Adeline Joyce Masidah, 21 yang mendendangkan lagu Jelingan Manja nyanyian Allahyarham Saloma ternyata gagal memikat hati penonton.

Selain Adel, Nina dan Ewal adalah antara tiga pelajar yang mendapat undian terendah penonton pada minggu ini.

Lapan pelajar #AF2014 kali ini telah diberi tugasan untuk membawakan lagu-lagu hebat nyanyian pelakon dan penyanyi lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan juga Saloma.

Konsert yang bertemakan Sally dan Remy ini turut mengundang Erra Fazira sebagai juri jemputan bersama juri tetap, Datuk Ramli MS dan Raja Azura.

Turut memeriahkan konsert kali ini adalah persembahan pembukaan dari Nurul Wahab, Musly Ramlee, Zain dan Arip Kilauan Emas dengan lagu Bunyi Gitar, Apa Guna Berjanji dan Madu Tiga.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan The Lomas yang mendendangkan lagu Bila Larut Malam.

Pada penutup konsert, kelapan-lapan pelajar bersama-sama mengimbau nostalgia menyanyikan lagu Kwek Mambo dan Malam Pesta Muda Mudi.

Dengan penyingkiran Adel, ini bermakna tujuh lagi pelajar akan meneruskan perjuangan merebut gelaran juara #AF2014 iaitu Nina, Nuha, Ewal, Firman, Aman, Azwan dan Zarif.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment