Monday 29 September 2014

Zed Zaidi sandang jawatan Presiden Seniman

Zed Zaidi


TAHNIAH diucapkan kepada Zed Zaidi yang secara rasmi telah dipilih sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 yang berlangsung di Dataran Karyawan FINAS, Kompleks Studio Merdeka, semalam.

Dalam perebutan jawatan itu, Zed mendapat 109 undi dan telah menewaskan dua calon lain iaitu seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66).

Dalam pada itu, Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool) selepas meraih 103 undian menewaskan Sabri Fadil (30), Afdlin Shauki (71), Sofea Jane (32).

Mesyuarat ini telah dikendalikan oleh Pengerusi Sementara iaitu Datuk Yusof Haslam dan Jurey Latiff Rosli sebagai pemerhati.

Ketika pemilihan sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit tegang apabila beberapa ahli mempertikaikan kredibiliti calon yang dipilih oleh ahli. Bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dan pemilihan berlangsung dengan lancar.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment