Monday 15 September 2014

UPSR bocor: Dua guru dibebaskan, dua lagi direman hari ini

Dua daripada empat guru yang ditahan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan UPSR akan direman hari ini.

KUALA LUMPUR: Dua daripada empat orang guru yang ditahan semalam berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan direman hari ini sekiranya kertas siasatan tidak dapat
dilengkapkan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata dua orang guru lagi telah dibebaskan atas jaminan polis selepas diambil keterangan mereka.

"Daripada empat orang yang ditahan, dua orang masih ditahan untuk siasatan lanjut dan sekiranya siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam masa 24 jam, mereka akan direman esok (hari ini) di Putrajaya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Polis menahan empat guru berusia lingkungan 30 dan 54 tahun dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak petang tadi berhubung kes kebocoran soalan UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

-- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment