Friday 19 September 2014

Suri rumah menghidap migrain maut terjatuh dari pangsapuri

Seorang suri rumah maut selepas terjatuh dari tingkat 13

GEORGE TOWN: Seorang suri rumah maut selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Bayan Baru di sini hari ini.

Lim Ah Eng, 53, ditemui di tempat kejadian dengan kecederaan parah di bahagian kepala, tulang rusuk dan kaki pada kira-kira jam 11.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Meor Farid Al-Atrash Wahid berkata siasatan awal polis mendapati mangsa didakwa menghidap sakit migrain sebelum bertindak untuk terjun bangunan tersebut.

Tambah beliau, polis menemui sebuah kerusi di tepi beranda tingkat 13 yang dipercayai digunakan oleh mangsa untuk terjun.

Ketika kejadian, suami dan dua orang anak mangsa dilaporkan berada di rumah.

Mereka memaklumkan mangsa sebelum itu mengadu sakit kepala akibat migrain dan tidak dapat untuk menahan kesakitan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment