Friday 26 September 2014

Pegawai kastam mengaku tidak bersalah

SHAH ALAM: Penolong Penguasa Kastam Kanan, Harun Baba didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tujuh pertuduhan.

Harun yang bertugas di Ibu Pejabat Kastam Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) Bahagian Pemeriksaan mengaku tidak bersalah.

Pertuduhan dibacakan kepada tertuduh di depan hakim Datuk Noradidah Ahmad.

Harun didakwa menerima rasuah berjumlah RM688,100 antara April 2011 dan Ogos lalu.

Mengikut kertas pertuduhan dia didakwa menerima suapan itu bagi memasukkan maklumat beberapa kenderaan yang membawa arak telah dibuat pengesahan dan diberi pelepas cukai oleh pihak kastam.

Mahkamah membenarkan Harun diikat jamin RM100,000 dan menetapkan 30 Oktober depan untuk sebutan kes.

Sehingga kini, 12 pegawai kastam telah dituduh kerana menerima rasuah.

Mereka berdepan antara satu hingga 53 pertuduhan membabitkan kesalahan terima rasuah antara RM300 hingga RM162,700.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment