Thursday 11 September 2014

Khidmat istimewa buat pengguna Samsung Galaxy Life

Samsung Galaxy Life

SEMPENA cuti sekolah, Samsung Galaxy Life dan Easy Taxi menawarkan menaiki teksi percuma bernilai RM15 bagi setiap perjalanan untuk pelajar dari Lembah Klang mulai 12 September hingga 14 September.

Pelajar dan keluarga mereka boleh menikmati kemudahan itu secara percuma di di sekitar Lembah Klang dalam tempoh tiga hari. 

Naib Presiden Bahagian Mudah Alih Samsung Malaysia Elektronik, Ng Long Shyang berkata promosi sempena cuti sekolah itu adalah masa paling sesuai bagi pelajar dan keluarga mereka serta khusus untuk pengguna Galaxy Life.

Terdapat 6,500 teksi di dalam rangkaian perkhidmatan Easy Taxi yang akan membawa pelajar ke destinasi kesukaan mereka di Lembah Klang, kata Ng dalam kenyataan di sini.

Tawaran eksklusif itu boleh ditebus beberapa kali melalui kod promo, yang boleh didapati di app Galaxy Life, sepanjang tiga hari itu.

"Easy Taxi SEA teruja bekerjasama dengan Samsung Galaxy Life, memberi ganjaran kepada pengguna dengan menawarkan promosi menarik. Sempena cuti sekolah, kami berharap lebih ramai pengguna akan mendapat manfaat menaiki teksi percuma pada hujung minggu ini," kata Pengarah Urusan Serantau Easy Taxi, Joo Chan.

Pengguna GALAXY Life boleh menikmati tawaran untuk bulan September dengan memuat turun app Galaxy Life di Google Play Store, dan log masuk ke akaun Samsung mereka. 

--Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment