Sunday 14 September 2014

Khianat bakar kereta

Shah Alam: Sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah lori hangus manakala tiga lagi rosak teruk selepas dipercayai sengaja dibakar dalam kejadian di Jalan Lengkuas, Seksyen 16, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berikutan kesemua pemilik kenderaan tidak berada di tempat kejadian.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II Jumari Hussin, pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 8.38 malam dan mengejarkan satu jentera pemadam api dengan kekuatan tujuh pegawai dan anggota ke lokasi berkenaan. 

PASUKAN bomba berusaha memadamkan kebakaran lima kenderaan di Jalan Lengkuas, Seksyen 16 Shah Alam, malam tadi.

KEBAKARAN kenderaan di Jalan Lengkuas, Seksyen 16 Shah Alam disyaki perbuatan khianat.

"Jentera tiba le tempat kejadian 17 minit selepas menerima maklumat dan kita berjaya mengawal api pada jam 8.55 malam. 

"Hasil siasatan awal pihak bomba mendapati kejadian berunsur khianat dan kita telah serahkan kes kepada pigak polis untuk siasatan lanjut," katanya

-- Harian Metro

No comments:

Post a Comment