Wednesday 3 September 2014

10 perkara anda perlu tahu tentang Loom Band

Produk Rainbow Loom laris sejak diasaskan pada tahun 2011. -Facebook/Loom Bands

Loom band pernah dilihat di lengan selebriti seperti David Beckham, Miley Cirus, Harry Styles dan Duke dan Duchess of Cambridge.

Berikut adalah sepuluh perkara anda perlu tahu tentang Loom Band:-


  1. Pengasas: Cheong Choon Ng, rakyat Malaysia yang kini menetap di Detroit, Amerika Syarikat
  2. Nama Syarikat: Rainbow Loom
  3. Diasaskan pada tahun 2011
  4. Kit Rainbow Loom mengandungi ‘pegboard’, cangkuk Rainbow Loom, klip berbetuk C dan 600 getah aneka warna
  5. Lebih daripada 4 juta unit telah dijual sejak ia dilancarkan
  6. Ng memulakan sebuah laman web dan menerbitkan video untuk mengajar cara untuk menggunakan kit Rainbow Loom yang menampilkan anak-anak perempuan dan anak saudara beliau.
  7. Learning Express Toys, peruncit mainan yang berpangkalan di Massachusetts, adalah kedai pertama yang menjual Rainbow Loom
  8. Setiap kit berharga $15 hingga $17 (kira-kira RM50-RM55)
  9. Duchess of Cambridge dilihat memakai Rainbow Loom semasa lawatan beliau ke New Zealand pada tahun 2014. Selebriti lain yang pernah memakai Rainbow Loom: Harry Styles, Miley Cyrus, dan David Beckham.
  10. Pada tahun 2013, ia menjadi mainan yang paling dicari menggunakan enjin carian Google.

No comments:

Post a Comment