Thursday 7 August 2014

Polis: Suspek mengaku bunuh pelajar British

Gambar wajah salah seorang suspek pembunuhan dua warga Britain

KUALA LUMPUR: Empat lelaki tempatan yang ditahan polis dalam kes kematian dua pelajar perubatan warganegara Britain mengaku melakukan pembunuhan tersebut.

Menurut laporan polis pada Khamis, kejadian berpunca daripada pergaduhan di antara mereka yang ketika itu berada di bawah pengaruh alkohol.

Mayat dua pelajar Universiti Newscastle itu ditemui terbaring di atas jalan raya di Jalan Abell, Kuching.

Mangsa dikenal pasti sebagai Neil Dalton dan Aidan Brunger, kedua-duanya berusia 22 tahun.

Pelajar jurusan perubatan itu sedang menjalani latihan enam minggu di sebuah hospital di Kuching yang merupakan sebahagian daripada tugasan pengajian mereka.

Ekoran kejadian, pihak berkuasa telah menahan empat lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 19 dan 30 serta turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut.

“Empat lelaki yang ditahan itu mengaku melakukan jenayah tersebut. Pihak kami masih menyiasat mereka atas tuduhan membunuh” kata Timbalan Ketua Polis Sarawak Chai Khin Chung kepada AFP.

Jika disabitkan, mereka boleh dijatuhi hukuman mati.

Chai berkata siasatan awal mendapati insiden tersebut tercetus apabila mangsa dua rakyat Britain yang mabuk itu mula bertengkar sesama sendiri di sebuah bar tempatan.

Empat suspek yang turut minum di situ menyuruh mereka agar diam, kata Chai lagi.

“Kemudian salah seorang mangsa telah menampar seorang suspek, menterbalikkan meja dan keluar dari situ” tambah Chai.

Keempat-empat suspek kemudian mengekori mangsa ke kereta sebelum menyerang mereka dengan pisau.

Chai memaklumkan bahawa ada di antara suspek yang ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah. - AFP 

No comments:

Post a Comment