Friday, 29 August 2014

Pembuat batik tidak mengaku bersalah rogol dua remaja

Kedua-dua tertuduh diiringi pihak polis di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Khamis.

KOTA BHARU: Seorang pembuat batik berusia 21 tahun dan rakannya berusia 18 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini di atas dituduh merogol dua remaja berusia 15 dan 17 tahun di Ketereh, 20 Mei lalu.

Kedua-dua mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus pada Khamis.

Mereka didakwa melakukan kesalahan rogol itu di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, di antara jam 7.30 dan 11 malam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebatan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Intan Hilwani Mat Rifin memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula untuk pengurusan kes dan tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas mereka.

Mohd Yusoff kemudian menetapkan 17 September depan sebagai tarikh sebutan semula dan tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin.

Media sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan dirogol secara bergilir-gilir oleh 21 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong, 20 Mei lalu.

Sehingga kini, enam suspek sudah dihadapkan ke mahkamah manakala suspek selebihnya masih lagi di buru polis.

-- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment