Tuesday 19 August 2014

Mayat didakwa wanita kes rogol, sebenarnya seorang lelaki - Polis

SIBU: Polis Labuan hari ini meminta dihentikan penyebaran maklumat palsu menerusi media sosial kononnya mayat seorang wanita dirogol ditemui di belakang sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan DSP Douglas Nyeging Taong berkata mayat yang sudah berbau busuk sebenarnya adalah mayat seorang lelaki berumur 45 tahun.

"Mangsa adalah seorang lelaki dan bukannya wanita yang dirogol, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Douglas berkata lelaki itu, Omar Balahudin, adalah buruh kasar dan dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sejak empat hari lepas setelah keluar untuk mengubati penyakit lelahnya.

Beliau berkata pihak yang menyebarkan maklumat palsu itu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan facebook akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Mereka juga boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment