Thursday 10 July 2014

Tujuh ditahan untuk bantu siasatan kematian peragawati Estonia

Tujuh ditahan untuk bantu siasatan kematian peragawati Estonia


KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh suspek yang dikaitkan dengan penemuan seorang peragawati berbangsa Estonia yang ditemui di sebuah pulau peranginan.

Mayat Regina Soosalu ditemui di Pulau Rawa minggu lalu.

Sebelum ini peragawati itu dikatakan lemas, namun polis menemui kesan luka pada tubuhnya dan kes disiasat sebagai pembunuhan.

Hasnan Hassan, ketua penyiasatan jenayah di Johor memberitahu AFP seramai tujuh orang telah ditahan untuk siasatan namun enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut.

Faris Waris, wakil Tangerine Models berkata agensinya telah bekerjasama dengan Regina selama lebih tiga tahun.

"Dia seorang peragawati yang popular di sini. Kami sangat terkejut," katanya kepada AFP.

Teman lelakinya yang sama-sama berada di pulau itu merupakan kerabat diraja Johor.

Dalam kes terdahulu, polis masih menyiasat punca kematian seorang pelancong dari Britain yang mana mayatnya ditemui di Pulau Tioman setelah dilaporkan hilang sewaktu berada di sana.

Rabu lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman gantung ke atas seorang pekedai kerana menyebabkan kematian kepada seorang pelancong wanita dari Perancis di Pulau Tioman pada 2011. - AFP 

No comments:

Post a Comment