Tuesday 22 July 2014

Dua tentera Israel, 576 rakyat Palestin terbunuh setelah 15 hari berlalu

Seorang kanak-kanak dirawat setelah cedera ekoran serangan rejim Zionis ke atas sebuah rumah di Semenanjung Gaza. -AP Photo/Hatem Ali

BAITULMUQADDIS: Dua lagi tentera Israel terbunuh di Semenangjung Gaza pada hari ke-15 serangan rejim Zionis itu ke atas Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 27.

Tentera Israel dalam satu kenyataan memaklumkan, dua tentera pertahanan Israel (IDF) terbunuh ketika sedang melakukan Operasi Perlindungan Sempadan pada Isnin. Tiga lagi tenteranya dilaporkan parah.

Sementara itu, jurucakap perkhidmatan kecemasan Semenanjung Gaza Ashraf al-Qudra pula memaklumkan, seramai 576 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak Israel melancarkan serangan tanpa henti bermula 8 Julai lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengesahkan seramai lebih 100,000 penduduk Gaza telah meninggalkan rumah masing-masing dan berlindung di 69 sekolah yang dikendalikan agensi pelarian Palestin milik PBB (UNRWA).

Agensi

No comments:

Post a Comment