Saturday 28 June 2014

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad


Mufti Terengganu, Dr Zulkifly Muda menggunakan teleskop untuk mencerap anak bulan Ramadan di Bukit Besar di Kuala Terengganu, hari ini - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Ahad, 29 Jun 2014, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha MuliaRaja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). - Bernama

No comments:

Post a Comment