Saturday, 28 June 2014

Nora Danish masih disayangi keluarga Jejai?

Dari kiri: Jejai dan Fasha Sandha. Gambar kecil: Nora Danish.
Dari kiri: Jejai dan Fasha Sandha. Gambar kecil: Nora Danish.


"SAYA tak tahu apa-apa!," itulah antara jawapan pelakon cantik, Nora Danish mengenai tindakan Fasha Sandha yang menegur pengikut Instagramnya, apabila mereka mempersoalkan foto-foto bersama keluarga mertuanya tidak dimuat naik ketika majlis, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2014).

Malah, pelakon filem, Aku Terima Nikahnya ini memberitahu bahawa dia enggan mencampuri urusan itu.

"Saya memang tidak mahu ambil tahu perkara-perkara negatif sebegini.

"Bila ada orang beritahu, barulah saya tahu dan saya tidak akan ambil pusing.

"Mungkin orang lihat saya kuat, namun hakikatnya saya cepat terguris. Jadi, saya elak untuk baca apa-apa. Saya tak nak tunjuk yang saya lemah," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi, Fashion Valet Nora Danish.

Menjawab mengenai kontroversi yang diwujudkan Diana Danielle, mengenai gambar yang dimuat naik bersama pelakon, Farid Kamil menerusi filem, Pengantin Malam, Nora mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati.

"Ini adalah pengajaran kepada saya dan orang lain. Saya juga akan lebih berhati-hati selepas ini untuk bergambar dengan orang.

"Saya juga malas nak komen banyak-banyak kerana tak mahu orang lain salah anggap," tambahnya lagi.

- Sinar Harian 

No comments:

Post a comment