Friday 13 June 2014

Komplikasi penyakit kronik punca kematian Dr Mark

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam menjelaskan bahawa punca kematian seorang doktor di Hospital Alor Gajah, Melaka baru-baru ini adalah akibat komplikasi penyakit kronik yang di hidapinya.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan menunjukkan tiada unsur jenayah berhubung dengan kematian Dr Mark Shashi Nathan.

"Dr Mark ialah Pegawai Perubatan di Hospital Alor Gajah dari April 2014 dan beliau diketahui menghidap penyakit kronik sejak kecil tetapi penyakit itu terkawal," kata beliau dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata Dr Mark bertugas atas panggilan (on call) pada malam Jun tetapi beliau tidak datang bekerja pada pagi 10 Jun.

"Kakitangan hospital mencarinya selepas panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab.

"Mereka (kakitangan) memasuki bilik panggilan doktor dan terdengar bunyi air dalam bilik mandi dan kemudian menjumpai Dr Mark rebah di atas lantai," kata beliau.

Dr Subramaniam berkata apabila memeriksa, mereka mendapati Dr Mark telah meninggal dunia dan bagi mematuhi prosedur kematian mengejut, bedah siasat dijalankan. - Bernama

No comments:

Post a Comment