Monday 16 June 2014

Ibu dan tiga anak terjun bunuh diri di Jepun


Akhbar Youmiuri Shimbun melaporkan mayat wanita itu ditemui terdampar di tanah manakala dua anak di atas bumbung.


TOKYO: Polis Jepun menyiasat kemungkinan seorang ibu terjun membunuh diri bersama tiga anaknya dari sebuah kompleks apartmen.

Mayat wanita berumur 35 tahun itu dan tiga anaknya -- lelaki berumur tujuh tahun, perempuan enam tahun dan lelaki dua tahun -- ditemui dekat pintu masuk bangunan apartmen 14 tingkat di Chiba, timur Tokyo, kata jurucakap polis.

"Mereka dipercayai ibu dan anak," katanya. Ditanya apakah kejadian itu bunuh diri, beliau berkata: "Polis masih menyiasat kes ini dan kemungkinan itu dalam pertimbangan."

Akhbar Youmiuri Shimbun melaporkan mayat wanita itu ditemui terdampar di tanah manakala dua anak di atas bumbung pintu masuk manakala anak bongsunya tersangkut pada dahan sebatang pokok. -- AFP

No comments:

Post a Comment