Tiga lagi korban virus MERS-CoV di Arab Saudi
RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi hari ini memaklumkan, tiga lagi orang disahkan meninggal dunia akibat virus MERS-CoV.
Ia menjadikan angka korban setakat ini meningkat kepada 142 orang.
Virus tersebut sudah menjangkiti 483 orang di negara berkenaan sejak dikesan pada 2012 dan 496 kes jangkitan di seluruh dunia.
Laporan buletin harian Kementerian Kesihatan Arab Saudi menyebut, lelaki berusia 45 tahun meninggal dunia akibat MERS-CoV di Jeddah manakala dua lagi kes membabitkan wanita masing-masing berusia 60 dan 62 tahun di Riyadh.
- Astro Awani
No comments:
Post a Comment