Saturday 3 May 2014

Bayi tiga bulan alami komplikasi akibat tersalah ubat kini dipantau doktor pakar

Bayi tiga bulan alami komplikasi kulit dipercayai akibat tersalah ubat. -Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Bayi berusia tiga bulan yang mengalami komplikasi kulit di bahagian pipi dan leher dipercayai akibat tersalah ubat diletakkan di bawah pemantauan doktor pakar dari Hospital Sultanah Nurzahirah Kuala Terengganu.

Bayi berkenaan, Che Wan Nurfalysa Emeylie Sofea Che Wan Mohd Fadli, mengalami ruam dan bernanah di bahagian pipi dan leher selepas dikatakan mendapatkan rawatan di sebuah Klinik Kesihatan Di Hulu Terengganu 20 April lalu.

Menurutnya, ibu bayi malang berkenaan Norkartini Embong telah pergi ke klinik ibu dan anak itu untuk mendapatkan suntikan imunisasi bayi kira kira jam 8 pagi pada hari berkenaan.

Katanya, doktor turut memberikan ubat sapu krim Miconazole selepas mendapati terdapat ruam susu di bahagian pipi anaknya.

Bagaimanapun kulit anaknya menjadi kemerahan disusuli biji kecil bernanah di bahagian pipi yang pada mulanya disangka sebagai tindak balas ubat.

Beliau yang tinggal di Kampung Batu 21 Kuala Berang, berkata selepas hampir dua minggu keadaan kulit anaknya semakin hari semakin teruk.

Ibu kepada lima anak ini berharap rawatan pakar mampu memulihkan keadaan anak bongsunya itu. 

Beliau kemudiannya membawa anaknya ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) bagi mendapatkan rawatan lanjut dan membuat laporan polis pada 24 April lalu serta menghantar surat aduan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu .

Susulan kejadian itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menghantar doktor pakar pada Rabu bagi melihat perkembangan bayi berkenaan.

- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment